http://www.impianwarisan.com
Teknik Modeling
-Teknik modeling ini ialah teknik'meniru dengan cara yang tepat'.Caranya sangat mudah anda hanya perlu membuang ego dan sanggup belajar menaja dengan mengunakan teknik yang dijamin mendatangkan kejayaan cara-caranya ialah:
1-Cari salah seorang penaja atau upline anda yang memeng pandai menaja tanpa menggunakan desakan dan sentiasa menghasilkan'sign heart'.
2-Temui beliau dan beritahu bahawa anda hendak belajar menaja dengan berkesan.
3-Dapatkan persetujuan beliau untuk mengikut menaja sebanyak 6 kali.
4-Mula-mula pada 3 kali pertama,anda melihat mendengar cara tajaan anda menaja.Anda melihat dan mendengar sambil belajar.
5-Pada 3 kali berikutnya anda pula yang menaja,sama 100 peratus seperti yang dipelajari dari penaja anda.Sama seperti anda penaja anda hendaklah diam dan memerhatikan sahaja.
6-Melakukan post morteum.Dengan rela hati anda mendengar penaja anda membentangkan kekuatan dan kesilapan anda dalam menaja.
7-Sesudah mempelajari kesilapan kekuatan anda maka langkah seterusnya ialah berdikari,melaksanakan apa yang telah anda pelajari secar teori dan praktikal.
Pembuka Kata Paling Mudah
-Pembuka kata yang terbaik ialah pembuka kata yang 'tidak tepat'(indirect).Pembuka kata jenis ini ialah paling tinggi peratusan kejayaannya.Dalam masa yang sama boleh menghasilkan bakal tajaan(lead) :
1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat..."
2-"Apa yang sahabat-sahabat anda tahu tentang..."
-Untuk memperkenalkan produk:
1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat untuk berhenti merokok?"
2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang produk S'Detox keluarga Desquera?"
-Untuk memperkenalkan Pelan Pemasaran Impian Warisan:
1-"Ada tak kenal seiapa yang berminat untuk turut serta dalam Kempen Memiliki Harta"?
2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang Kempen Bebas Hutang anjuran Desquera?"
-mudah sekali kedua-duanya disuarakan secara indirect,kita meminta tolong:
1-Kenalan-Kalau tak ada kenalan yang berminat tak mengapa ucapkan terima kasih.Kita mengajak kenalan beliau bukan beliau.
2-Kita meminta tolong untuk memperkenalkan kepada kenalan beliau.Kalau beliau tak mahu menolong tak mengapa ucapkan terima kasih.
-Bila anda menanyakan soalan diatas pasti jawapan yang diterima dari bakal tajaan positif iaitu:
1-"Ada apa?"
2-"Mengapa?"
-Tahukah anda telah menimbulkan sikap cemburu dan minat serta sikap ingin tahu kepada yang ditanya.Jadi sebaiknya anda jawab dengan hormat:
1-"Saya rasa tak sesuai untuk anda..."
2-"Tak tahulah sama ada sesuai tidak..?"
3-"Saya rasa anda tak berminat...?"
-anda mungkin didesak kerana sikap ingin tahu jadi inilah sebenarnya peluang anda untuk menerangkan tentang produk,pelan pemasaran dan Impian Warisan.
Jika Tidak Berjaya Menaja
-Anda bukan tidak berjaya menaja sebaliknya belum berjaya.Jangan anggap anda gagal sebaliknya anda sudah mendapat maklum balas.Ingatlah kata orang lama'"Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak melakukan apa-apa."
-Jika anda telah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal untuk menaja anda hendaklah :
1-Anda hendaklah berehat sebentar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.Berehat sambil mempelajari kesilapan dan kelebihan.
2-Atau boleh mengajak datang ke mesyuarat Desquera.Disitu ada penceramah yang akan menolong anda menerangkan dengan jelas tentang syarikat,produk dan pelan pemasaran Impian Warisan.
http://www.impianwarisan.com
Tuesday, May 27, 2008
CARA PALING ASAS MENAJA (PART3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment