http://www.impianwarisan.com
Kerap terjadi dimana-mana,termasuk di dalam MLM atau rumahtangga yang porak peranda adalah disebabkan oleh pelbagai-bagai masalah.Pada mulanya suasan yang harmoni dan sama-sama menuju kejayaan tetapi keharmonian itu tidak berkekalan.Walau bagaimanapun untuk mengekalkan keharmonian baik dalam MLM mahupun rumahtangga usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan adalah amat penting.Selaiitu tidak dapat dinafikan kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kejayaan individu tersebut dalam rumahtangganya juga.
5 cara mengeratkan perkahwinan.
Perkahwinan yang harmoni tidak terjadi dengan sendirinya sebaliknya atas usaha dan komitmen yang berterusan;
1) Elakkan dari tuduh menuduh.Dalam kehidupan sehari-hari,terutama ketika dalam menyelesaikan masalah elakana daripada saling menuding kearah pasangan masing-masing.
2) Kisah lama telah berkubur.Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan dalam suami isteri.Apabila timbul perselisihan elakkan daripada menggungkit kisah lama. Bimbang jikalau kisah-kisah lama tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
3) Segera memaafkan.Ada keajaiban didalam kemaafan.Jadiakn kemaafan sebagai kebiasaan.Pemberian kemaafan bukan sahaja menyelamatkan sesuatu hubungan malah melahirkan keperibadian yang tinggi bagi individu berkenaan.
4) Yang remah jangan dihiraukan.Jangan diperbesarkan perkara-perkara yang remeh.Sayangi masa dan rumahtangga anda daripapd melakukan atau memperbesarkan hal-hal yang remeh-temeh hingga nanti menyebabkan keburukan dalam rumahtangga.
5) Jangan memgambil kesempatan.Jangan mengambil kesempatan diatas kekurangan pasangan.Mengambil kesempatan adalah jalan kepada merintis perpecahan sebaliknya ambil hati pasangan masing-masing.
Mutiara kata;
- Bila kita hanya menumpukan kepada pintu yang yang tertutup,kita lupa kepada pintu-pintu lain yang terbuka luas.
-Berkawan dengan si rajin lama-kelamaan menjadi kaya,berkawan dengan si pemalas lama-kelamaan menjadi pengemis.
-Contohilah lebah,ia makan dari yang baik-baik dan mengeluarkan yang baik-baik sahaja.
-Cara paling mudah untuk menggembirakan diri sendiri ialah dengan memberi kegembiraan pada orang lain
http://www.impianwarisan.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment